Hai yuols.
Kembali bersiaran setelah sekian lama. Sebenarnya terlalu banyak cerita kalau nak di update kat sini. Tapi apa kan daya, aku rasa lebih laju bila update dekat instagram. Memandangkan sekarang aku tengah ada di moment paling relax pernah jadi dalam hidup aku, ada banyak la masa terluang nak tulis balik cerita-cerita yang bagi aku worth the time to revisit balik bila boring..
Sekarang dah masuk tahun 2021. Lets summarise apa yang jadi sepanjang 2020
1) Decision terpaling EPIC 2020 --- resign from Etiqa, dan of course prepare untuk jobless lama since sekarang pandemic, economy tak bagus.
It started with this.. one of my proud moment=) |
2) Sempat pergi jalan Jepun 1/2/2020. Balik je, 2 minggu lepas tu pandemic start dan terus MCO. pheww!
Gala Yuzawa with best friend forever. We made it yaw after plan setahun awal=D |
Posing di Shibuya. Kalau takda kawan ni, tak dapek la posing begini |
3) Start online business, walaupun hanya sekerat jalan dan category berjaya jugak win award, Last-last semangat sampai situ je. Sebab tak passion nak coaching, hari-hari promote dan sebagainya. Sebab paling besar ialah aku tak jumpa Big Why aku lagi setakat ini.
Kejayaan. Boleh sebenarnya. HAHA |
4) Tahun melepaskan braces setelah 6 tahun k. Sekejap lagi aku cerita panjang apa kesan nya lepas banyak tahun tak bukak braces.
Final moment with braces. Bye bye besi=) |
5) Jadi full time housewife (for now) dan duduk kampung 3 bulan. Husband sis boleh kerja wfh 100%. Alhamdulillah tak pernah imagine pun akan duduk kampung lama-lama macam ni.
Nice view on the way to Seri Iskandar. We love the skies=) |
6) Perjalanan TTC diteruskan alang-alang dah relax sangat kat rumah. So 2020, aku sambung balik jumpa gynae yang ke-3. Kali ni buat di Sunfert, Seremban. We all repeat balik fertility screening dan still diagnosed as unexplained infertility. Alhamdulillah untuk ujian yang tak seberapa ini. Sekurang2 nya kami berdua cuma tak ada rezeki saje kalau nak dibanding dengan pasangan yang kena operate, cucuk sana sini untuk dapatkan anak.
7) Walaupun pandemic, sempat naik cameron 3 kali. kihkih. Repeat Legoland. Bawak family pergi Avani. Jalan-jalan Melaka. Tapi sentiasa sanitise dan follow SOP, syukur semua selamat.
8) Adik pompuan last sis menamatkan zaman bujang nya.
One with Pengantin PKPB. Kenangan kawen kat Pejabat Agama Seri Iskandar. |
9) Dapat hadiah dyson. tak tahu lerr untuk hadiah anniversary ke 5 tahun 2021 atau merangkap hadiah untuk segala occasion tahun ni.
Dyson Digital Slim, sesuai untuk asean home yang kecik comel |
Melawat Starbucks Aeon Nilai je, amboi rambut mco daus. haha |
Photoshoot raya syiok sendiri kat taman rumah. Lepas setahun pindah sini, ini 1st time pegi taman ni. |
Selain review apa jadi in 2020, tujuan entry kali ni, aku nak cerita pasal kisah lama. Cerita pasal sesuatu yang dah jadi sebahagian dari hidup aku since 2014. Finally, farah off braces tahun 2020. Setelah enam tahun gigih guna interdental brush, ulser berkali-kali, dan pergi jumpa dentist. Rasa paling kelakar bila ada blogger lain yang terinspirasi dengan cerita braces aku, pakai braces dan dah lama buang braces pergi follow up pulak alkisah aku ni dah off braces ke belum.
Saboo je lah.. bukan tak nak buang braces.. tapi..
1) Sejak kawen, asik skip appointment sampai gigi dah lawa tersusun, kembali menjarang. Banyak kali ya. So, sebagai pengajaran, adik-adik jangan skip appointment dentist, ya..
2) Takda masa. Klinik sentiasa full. Dan susah nak buat appointment. Kena ambik cuti nok untuk pegi weekdays. Weekend pulak susah dapat apointment
3) Dah selesa. Dah tak rasa susahnya hidup dengan braces. Dah immune.
Sebenarnya, aku baru sedar, tak elok pakai braces lebih dari masa yang sepatutnya. Takda siapa pernah share pun masalah pakai braces lama-lama. Seingat aku, aku dah boleh buang braces masa dah 2 tahun lebih pakai. Tapi aku pergi tangguh-tangguh, drag sampai 6 tahun..
Tau tak apa yang jadi ?
1) Gigi mula mereput
Dari segi luaran memang cantik, no problem. Tapi, aku perasan, gigi yang kena sarung dengan molar band mula rosak dari bawah. Sebab nya kawasan tu terlindung, tak dapat digosok elok. 6 tahun di cover besi. mmg ada kesan nak reput. Reput tetap jadi walaupun aku tak pernah missed gosok gigi, pakai interdental brush dan kumur-kumur listerin purple yang pedas gila tu.
Ini lah dia molar band yang pasang kat gigi tu |
2) Gusi menyusut
Gusi mula menyusut dan berbau sebab makanan senang nak terselit situ. Aku baca-baca, ada research cakap, bila pakai braces, ada tekanan dekat gigi dan tulang gigi dan besi tu sendiri punca jadi masalah gusi ni. Kalau pakai lama macam aku, lagi la jadi punca. Gusi menyusut ni bahaya sebab gusi dah rata. Lama-lama senang je gigi ni cabut sebab dah tak kuat & tak stabil.
Nampak tak ruang-ruang boleh masuk makanan tu. Stress tau setiap kali nak kena korek. |
Tadi aku pegi scalling gigi, tanya doctor apa nak buat dengan gusi menyusut ni. Payah sangat bila makan smua benda terselit. Dr cakap tak choice, korek je la gigi tu. Kena floss hari-hari. Allahuu.
3) Cantik tak permanent
Susunan gigi yang cantik ni bukan lah sampai bila-bila. Ya, semua orang tahu ni. Jadi retainer wajib pakai selagi hayat di kandung badan. Actually sampai mati. Aku mati-mati ingat retainer kena pakai setahun dua saja. Rupa nya tidak. Aku ada survey, kawan-kawan yang dah lama buang braces. Aku tanya, pakai retainer ke tak. Mostly cakap tak. Dan gigi ada yang balik ke asal, certain lagi takda effect pun. masih cantik.
Case aku, bila skip appointment dentist berbulan, aku perasan gigi aku mula bergerak dan menjarang (since aku buang 4 batang gigi, dan gigi aku jenis besar2). Aku buat conclusion, for those yang space gusi nya kecik, tendency gigi untuk balik ke asal kurang. Tapi untuk jenis orang yang gigi besar, space gusi pun besar, jangan buat hal ye.. gigi kita akan relapse balik. Aku sangat la tak berani untuk skip retainer. Kemon, takda sape suka nak pakai balik braces, tambah bila dah tua-tua ni. kah!
Jenis-jenis retainer. Sis punya yang clear tu. Tiap kali makan kena bukak. Rasa nya one day nak pakai fixed bonded tu. Tak payah bukak dah. |
4) Develop perangai ketap gigi masa tidur
Aku perasan jadi macam ni sejak pakai braces.Tak tahu lah kenapa. Tapi ni bukan bruxism tu. Kadang-kadang bangun pagi, rasa sakit rahang, sakit kepala sebab semalaman ketap gigi. Good news lepas pakai retainer, dah kurang dah masalah ni. maybe sebab gigi dah kena lapik dengan plastik tu.
Jadi nya, sebagai konklusi, alkisah membelek gigi aku ni memang tak kan habis. Memang dah routine sebelum tidur, bersihkan gigi, rendam retainer dengan ubat dia, dan pakai. Sumpah leceh! Tapi apa nak buat, aku punya decision sendiri untuk pakai braces ni. Sementara takda anak kecik, memang aku takda masalah nak maintain routine ni. Bila ada anak nanti, adakah apak dan anaknya boleh kasi chance? HAHA.
Akhir kata, Beauty is Pain dah habes, sekarang -- Beauty is Kegigihan =D
Till then,
Farah
No comments:
Post a Comment