Wednesday 24 June 2015

59 days to go. Ini cerita baju tunang.

Salam.

Sedar tak sedar, lagi 1 bulan 29 hari lagi nak jadi tunangan orang (whattt, aritu baru January, skrg dan june!). Setakat ni memang belum lagi rasa debar-debar nak sarung cincin, tapi makin debar-debar pasal duit. Haha. biasa lah. Hopefully banyak la sponsor yang aku dapat nanti especially bab makan kenduri tu. Ameen=)

Okeh cakap pasal preparation, aku memang tengah giat buat hantaran. oke tipu, tak la giat sangat, pernah la satu hari dari tengah ari sampai malam duk menghadap foam hantaran. at last siap jugak balut 9 bijik foam dlm masa 1 hari! tapi sampai situ je la. Takdek progress, malam-malam bergayut kat facetime dah makan sejam, lepas tu krohhh.

Cite pasal hantaran, aku memang bernazar untuk diy bila ayah bagi green light nak kawen. sebenarnya susah perjalanan ktorg. makan 10 tahun kot. =.= bersabar lah farah oi, benda best memang susah nak dapat. cewah! Untuk barang hantaran, semua nya beli dekat sini : http://www.fahleanfloral.com/ . Kedai ni dekat balakong. agak dekat lah dengan rumah aku. mula-mula memang decide nak beli barang kat Jalan Tar, tapi susah la nak naik tren berbondong dengan foam bunga bagai. kaki tangan pun tak cukup. Begitu lah nasib pasangan long distance menuju hari yang bahagia. HAHA. nasib baik aku jenis awek survival, semua nya boleh asalkan Ozzy ada disisi. Thanks Ozzy, tak sia-sia bayar tiap bulan =)


Baju Tunang.

Okeh baju memang selalu tragic. Sebenarnye masalah juga bila kita prepare terlalu awal. Nanti at the end mula la rasa baju tu dah absolete.



Begitu lah yang terjadi pada dress Zawara aku design yang ini.  Beli siket punya awal, last-last tak pakai sebab rasa dress lain-lain tone atas bawah ni macam da tak 'in'. Disebabkan tag pun tak cabut, lepas almost 2 tahun aku buang tag lalu pakai pegi kenduri. Bila pakai pegi kenduri, baru aku tahu baju tu sangat tak comfortable (aku rasa laa), lepas tu bila kain flowy dia terkena air, terus tompok-tompok merebak macam baju kotor. stress gila. ini lah hikmah nama nya.


Selamat buat pegi kendui. baju ni buat badan jadi darab dua. =.=

Okeh ada lagi satu baju. kali ni tak jadi pakai sebab salah pilih kaler. kali ni beli kat JAKEL Shah Alam. ku sangka kan peach sweet-sweet gitu, sekali bila balik rumah, OREN! cuba pikir bagaimana cara nya nak kaunter kaler terang benderang macam ni. di sebabkan femly duk komplen why oren why.. muka jadi jelaga bagai bila tudung and kain nak buat veil. memang sebulat hati lah tuka baju tunang yang lain.



Hai baju oren. peach konon! akhir nya buat pegi kenduri jugak.

Tak lama lepas tu aku pergi ronda-ronda cari baju kat Shah Alam. sorang-sorang. semua aktivity pun sorang-sorang kebanyakkannya. kan guwa dah kata guwa aweks survival =D. Then jumpa lah satu baju ni, dan terus beli. beli kat vendor boutique yang tak di kenali ramai. bila test macam comel and terus bayar. habes cerita. Next week nya cari kain nak buat veil pulak. Sekali chiffon yang aku nak semua nya mahal sebab warna tu agak rare. rare lah sangat, dusty blue je pun =.=  1 meter = rm35. Nak kata apa, bayar je laaa =.=.  Skrg baju tunang ni aku dah hantar pegi beading. Ingat kan gigih sangat nak diy, tapi bila pikir balik aku ni takde bakat menjahit , buat jahanam aje. 

Kesimpulannya, bila di kira-kira, almost Rm500 jugak lah terkorban untuk cari baju tunang nie. Belum masuk cite baju nikah. baju nikah tragic dia lagi makan dalam. ini lah spesis manusia yang tak reti bab kain baju , mudah tertipu.

Okeh sekian saje cite beberapa helai baju tunang aku. Hopefully semua nya berjalan lancar. Ameen=)

-Farah-








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...