Salam.
Hai semua. 22082015 lepas aku selamat jadi tunangan orang, alhamdulillah. Cumanya tak terhupdate pula cerita nya kat sini. Jadi terima lah gamba tunang sekeping dua. hewhew
Tema ala-ala frozen gitu. hewhew |
Tapi motif aku kali ni nak review macam mana aku struggle buat hantaran sendiri.even aku seriously takda knowledge pun pasal ni. Sebelum tu jom tengok hasil diy aku.
Sebelum bubuh pearl |
Final product! takde offical photographer. pakai phone sendri je |
Instagram acc yang aku follow for inspiration :
Ig : Ribbonsnties |
Ig : Octavvia |
Korang boleh lah refer. Semua nya Singaporean punya. Agaknya memang trend singaporean macam ni. Malaysian baru nak follow. =D. Hantaran moden ni senang sangat dan tak complicated. tak memerlukan skill kesenian yang tinggi, cuma kena pandai main kombinasi kaler, susun barang dan bunga atas tray, selebih nya gam-gam sahaja. So untuk diy hantaran moden ni, benda yang perlu di sediakan adalah :-
1. Foam / bantal hantaran
2. Kain satin
3. Bunga
4. Riben
5. Tag hantaran - sila diy supaya jimat
Benda lain, macam gam tembak, gunting, doubleside tu biasa laa. kalau tak cane nak melekat pulak, ye dak? Okey nak story dulu, almost semua barang aku beli dekat kedai Fahlean. Boleh cek website kat sini http://www.fahleanfloral.com/ . General review, kedai ni takdelah murah gila-gila, harga standard, tapi SA sangat-sangat bagus. Reason aku pilih Fahlean sebab dekat dengan rumah aku di Bukit Jalil, boleh pegi naik kete je.
Lokasi : Balakong dekat dengan AEON Cheras Selatan.
|
Dalam Fahlean. Bunga dia serious banyak choice
1. Foam
Foam/gabus panjang cerita nya. Sebab aku budak belajar dan buat berdasarkan contoh sahaja, aku pilih foam bentuk bulat. memang lah foam bulat cantek. tapi di sebalik kecantikkan tu ramai tak tahu betapa hazab nya nak balut foam ni. yang aku pelik jugak, kenapa SA kat fahlean tu tak advise aku pasal ni? dia ingat aku biasa nak buat hantaran ? bayangkan aku buat 9 bijik. makan bulan jugak la aku menghadap foam bulat ni sampai sakit-sakit pinggang. buat sebijik, giveup. sambung next week. buat lagi, giveup. buat lagi, dan begitu lah seterusnya. Housemet aku hanya mampu lihat sajo, nak tolong buat pun dia x sanggup agaknya =.=
Tengok la betapa huru hara nya nak balut foam bulat ni. kena cover dengan reben kat keliling bagi kemas. Lepas tu tampal kertas pulak.
Dah siap. basah ketiak. |
2. Kain Satin
Kalau buat 9 bijik hantaran, pakai dalam 3 meter sahaja. Pilih la warna apa yang ada, rm3.50 je se meter. Okey bab anggaran barang banyak mana nak pakai aku serious puji gila SA kat fahlean ni. dia memang guide kita beli cukup-cukup sahaje supaya tak membazir. Kalau korang pegi sini memang bagus dorang ni sebab bukan jenis nak untung banyak. dorang akan suggest yang mana perlu je. Lagi satu, korang boleh tanya macam-macam kat dorang sebab smua SA sini pandai buat hantaran. so free-free je boleh dapatkan tips, macam nak lekat itu ini, nak guna double sided ke gam tembak, apa nak kena ada untuk itu ini.
Kain satin dalam Fahlean. rm3.50 per meter |
3. Bunga
Hydrangea di mana-mana =)
Untuk pemilihan bunga, aku pilih hydrangea. sebab bunga ni tengan 'in' sekarang. Special pasal bunga ni, dia mesra-tray. kaleh kot mana pun still sweet dan blend in dengan barangan atas tray. Lagi pun aku sebenar-benar nya try avoid roses sbb, kemon! baru la rare! *gigih nak rare*
4. Ribbons
Lokasi : Kedai Bunga Reben Jalan Tar |
Walaupun Fahlean ada jual banyak ribbon, tapi ribbon di jalan tar jauh lagi banyak pilihan dan material cantek-cantek belaka. Macam kedai ni, bertingkek-tingkek ribbon, pening juga nak pilih warna. So kepada sesiapa yang cari warna-warna ribbon yang rare untuk hantaran, aku suggest korang turun lah ke kedai ni. mesti ada punya lah.
5. Tag/Label hantaran
Kalau diperhatikan, hantaran moden ni tak pakai banyak 'eksesori'. cuma ada foam, reben, dan bunga. Jadi tidak lengkap lah jikalau takde tag hantaran. nampak tak meriah, dan kurang sesuatu. sekarang ni banyak dah printing servis kad kawen yang buat benda ni tapi serious la mahal. sekeping rm1.90 aku selalu jumpa. macam x worth it untuk label. belum masuk postage lagi. So aku dengan gigih nya buat sendri.
Inspirasi |
DIY sendiri. almost there! guna microsoft word je. okeybye. |
Ok secara kesimpulannya, sesiapa pun boleh develop talent nak buat hantaran. cuma perlu rajen lah tengok-tengok contoh. Seriously mula-mula aku nak gam pun seriyau. tapi sape lagi nak tolong buatkan hantaran kalau bukan diri sendiri. at the end of the day, EFFORT. Effort yang korang buat untuk big day korang tu yang manis. Jadi, tunjukkan rasa sayang dan appreciation melalui effort. sweet tak? krohhh zZz.
Kegigihan nak ber henna masa tunang |
Okthanksbye!
Hi awak! Nak tanya harga total awak buat diy hantaran semua berapa ya? Tengok awak buat ni tetiba teringin nak buat sendiri hehe. Thanks :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletemesti awk da kawen kan..tuan tanah blom reply..skrg dah 2017 :D
DeleteHa ah da kawen. makin malas update blog. hehe
DeleteBuat sendiri sangat menjimatkan...teringat masa kawen buat hanyaran kawen sendiri
ReplyDeleteokay lawak pulak baca komen hahha
ReplyDelete