Monday, 26 October 2015

Braces Progress : Power Chain


Salam.


Lagi cerita braces. Semalam aku pergi Klinik Aina untuk appointment gigi macam biasa. Tapi kali ni eksaited dia macam lebih siket sebab tahu ada progress baru nak tunjuk kat doc. tau x, gap 4 batang gigi aku yang cabut dulu dah completely hilang. yeay! taniah kepada diri sendiri. berjaya jugak tukar-tukar getah walaupun tak berapa nak istiqomah sampai kena bebel teruk dengan dr. masih terngiang-ngiang lagi bebelan dr tu dulu..


''Farahin! kalau awak tak pakai getah, nanti gigi tu tak bergerak.. sama la macam awak ikat tali kat benda tapi awak tak tarik. tak bergerak kat mana-mana. tau tak farahin..??"



Ini lah getah braces yang di maksudkan. wajib tuka 3 kali sehari
Berdesing gila aku dengar dr ni bebel. Pensan! Sejak kejadian tu memang risau sangat nak datang klinik kalau gigi takdek progress. gerenti kena terjah dengan soalan getah. wuwuwu. Moral of the story, jangan la tak ikot cakap dia. Dr aina kata, kalau tuka 3 kali sehari pun pergerakan gigi tu 1mm je. Anyway, sepanjang pakai braces ni, ramai yang tanya, " kenapa lepas pakai braces, gigi makin menjarang je tengok? "


Cemana nak cite ehh. Well, memang itu lah sebahagian dari progress pergerakan gigi aku. Bila pakai braces ni, gigi memang keep moving. Boleh jadi bulan ni gigi  rapat ke gigi kapak, next month tetiba dia rapat ke ke gigi graham pulak. Lagi pulak gigi aku spesis yang besar-besar, so agak jauh la gigi tu kena bergerak dalam proces nak tutup gap gigi yang cabut dulu. Sekarang ni, gigi tengah aku pulak makin jarang gila sampai ramai yang tegur. alah, tak kisah la. bila lagi nak rasa gigi jarang. hewhew=D


Asalnya cani . Eh jo rupanya =.=

Lepas tu jd cani. omg scary!

Sekarang dah jadi ni. jarang tengah-tengah

Dr Aina kata lagi, tunggu gap gigi yang cabut dulu rapat baru boleh pakai power chain untuk solve benda ni. Tapi, serious malu oi bila gigi jadi jarang sebatang-sebatang, obvious sangat gusi tu. Keadaan jadi bertambah stress bila masa tu lagi beberapa bulan nak bertunang, haiyokk risau sangat kalau gigi macam tu jugak. Jadi nya, tiap kali malas pakai getah ak mesti motivate diri, tunang nak dekat ni. nanti buruk.. pakai cepat!! last-last masa tunang jarang jugak tapi better la dari jarang kot tepi tuh. AHAHA


ni haa.. naseb baik tak obvious sgt. =D


okeh, enough throwback. sekarang aku dah pakai powerchain. alhamdulillah, nak tau apa tu power chain?




Ini adalah power chain. dia sejenis getah berantai yang di pasang hujung ke hujung. Tahap kesakitan? wuuuuu. memang power. tak tipu. dah nama pun power chain kan. kesakitan dia serious lah macam mula-mula pakai braces sampai makan bubur je mampu. Oh ye, sebenarnya fungsi power chain ni nak merapatkan lagi gap semua gigi. InshaAllah lepas ni takde lagi lah gigi jarang kot tepi ke, kot tengah ke ;)




Persoalan nya, kenapa tiap kali nak tunjuk gigi mesti ter pakai tudung merah ni =__=. Okey lah sampai sini saje update gigi aku. Kalau ade cite terbaru aku hupdate lagi. 

Bye!






3 comments:

  1. hi sy nak tanya gigi bawah makin kedepan ke lepas pakai braces mcm dlm gambar pakai tudung merah tu sbb sy punya selepas lima bulan yg bawah tu makin kedepan so risau pulak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya punya pun sama, now awak punya still kedepan ya? Mcm mana progress

      Delete
  2. Lepas pakai getah tu, apa lagi proses seterusnyan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...