Friday 25 September 2015

Baju Nikah : Episod Tipah Tertipuu =.=

Hai semua. Apa kabo? Kali ni aku nak bercerita pasal kain baju nikah dengan harapan akan jadi panduan dan pengajaran kepada bride to be yang kebetulan terbaca belog ni. Uhuks.

Sebenarnya aku dah lama beli kain untuk buat baju nikah ni. Aku beli lebih kurang bulan dua tahun ni masa dous balik malaysia. Nak di jadikan cite, masa tu Jakel buat sale . So, lepas daus touch down Klia2, gigih la berdua pegi shah alam nak cari kain. Niat nak cari kain asal nya untuk buat baju tunang. tapi last-last ter beli baju nikah. haiah apada duaduaaaaaaaaa.. Aku pegi Jakel Shah Alam. Masuk dalam kedai cari kain dalam keadaan takde ilmu and tak buat research apa pun. pendek kata main redah. 

P/s : Kawan-kawan sila jangan jadi seperti saya hokeyh. atleast bawak la orang yang tahu pasal kain dan bole nilai harga kain tu  

Fyi, ini lah jugak pertama kali aku pergi beli kain untuk tempah baju. Sampai saje dalam Jakel, macam biasa la., staff dia akan entertain, tanya weols nak cari apa. once dia dengar je aku nak cari kain nikah, terus hantar aku ke tingkat 3. dengar cite orang Level 3 adalah tempat kain mahal-mahal. hmmm siap lah. 

Pemandangan kat Level 3 sangat menterujakan. iye lah, kau tengok bride-to-be sana sini sibuk test-test baju depan cermin. mesti kau pun macam teringin kankankan? Jadi aku pun thorjebak lah sama. planning nak cari baju tunang entah kemana. terus tuka plan. hamboih sangat =.=  yang entertain aku masa tu adalah manager kat situ. lelaki. dia tunjuk macam-macam kain, beriya-iya even kita kata kita nak survey. gigih kandar kain sekayu, tertonggeng-tonggeng match kan dengan lace bagai , kau ghaseee? aku rasa kesian, pandai dia psyco kiteorang.

Dalam banyak-banyak lace yang dia bawak keluar, ada satu yang sangat menarik perhatian. lace yang dah siap berbeading bagai. serious aku suka. dia match kan dengan kain satin , nampak sangat lawa. but then, my concern is kaler kain tu. macam kuning. tema aku nak offwhite. bila aku argue kata kuning, dia still nak kata offwhite. mungkin effect lighting. lama jugak  aku duk argue, finally aku pun setuju angkat kain tu. 

lagi satu, harga kain tuh. *nages*

Baru ku tahu Jakel ada jual style pakej-pakej pengantin. noob. manager tu kata harga sebenar kain tu Rm1k lebih, dapat Lace 2m dan satin untuk laki dan perempuan. Last week housemet aku beli kain kat Jakel juga, dapat pakej dalam rm700.  aku yang noob nie pikir macam - memang harga kain baju nikah macam ni ke?? Kain aku tu dia kata sale, dalam rm800. masa tu aku pikir lambat lagi majelis nya, takpe kot. dan aku pun yakin je bayar guna duet saving. =,=! haih apa da farah.. why, god whyyy?

Balik je rumah aku rasa tak sedap hati. aku cek-cek instagram, rupanya ada yang jual lace design yang serupa (takde beading) harga 3m seratus lebih. kau ghaseee? Bila tanya-tanya orang, design tu sebenarnya tak worth untuk harga riburiban. Note that : rm800 tu adalah harga lace 2 meter tu sahaja. Satin yang dapat tu adalah percuma kekdahnya. aku tertipu. lagi satu, bila keluar je dari jakel, kain tu sebenarnya adalah kuning. apa ni? mana offwhite theme segala?

Ni ha kain nya. Tak offwhite kan?

Hal kain ni sangat merunsingkan. so, aku buat research balik pasal kain even dah terlambat. Well. kain satin yang aku dapat tu agak shining untuk di jadikan baju nikah. come on, orang sekarang pakai dull satin, mana ade kilat-kilat sangat. bagai jatuh di timpa tangga, aku bawak kain tu pegi tailor, tailor tengok je terus kata lace aku susah nak jahit sebab berbeading. kalau jahit pun, price dia pulak starting rm500 tak termasuk veil. amboi laa . anak dato' mana ni? dato' Musa Hassan ka? *nages*. kain satin dous pulak unty tu kata tak sesuai buat baju melayu. dah menambah cost pulak tuka kain lain =,.=. Ya Allah.

Aku ada buat research sket pasal kain satin ni. Ada beberapa sebab kenapa satin kurang menjadi pilihan sangat untuk buat baju melayu nikah. sebab apa? sebab..

  1. Lembut - kain baju melayu nikah biasa nya jenis keras siket
  2. Melekat bila berpeluh - tunang aku jenis berpeluh sangat. bayangkan kalau neves nak menikah jd apa? kuikuikui
  3. Susah nak gosok. jenis cepat berkeromot 
  4. Liplap. yes liplap - tapi kalau jenis suka liplap, okey kot
  5. Licin - sampin jadi agak terlucut. *tapi tak la trus terlucut jatuh*
  6. Panas siket

Kain yang unty tailor cadang kan adalah jenis duchess. 

Ini lah dia kain duchess. cc :  #tunkami

Harga se meter dlm rm20-rm28 semeter. Disebabkan cost nak anta baju nikah aku kat unty tu agak pricey, aku just tempah baju melayu dous kat situ. upah dia rm160 which is boleh la. Lupa nak kasi tau, aku tempah baju melayu ni kat Dianaling, Semua House. Baju nikah aku? aku decide hantar kat orang lain yang lebih berpatutan. aku berjaya dapat harga bawah rm200 sekali dengan veil, siap request tambah chiffon 5 meter untuk cover berkilat satin tu. kat mana aku tempah? nanti aku review kat entry seterusnya=D

Sebagai penutup entry ni, I would say - seriously, inilah perbaziran terbesar dalam hidup aku selama 25 tahun ni. So kepada bride to be yang tengah nak cari kain, tak payah Jakel pun xpa. Harga jauh lebih murah. Jangan kata kedai macam kamdar takde curlass untuk baju nikah, kawan aku beli rm250 je, tempah kat DianaLing terus jadi lawa gila. kalau serious tanak bazir, sewa baju je. Aku sepatut nya sewa baju tapi bila tengok kawan-kawan sibuk menempah baju, aku pun tak tau dah kenapa nak ikot sama. padahal, nak pakai baju nikah sekali je, ye dok?. Ha tak lupa nak cakap, material kain ni based on preference masing-masing. Bagi yang selesa nak ber satin, tak mengapa. no offense, ini semua adalah personal opinion saya. weeeeeee~

Okey la sampai sini je kali ni. Bye!

-Farah-


62 comments:

  1. Me too. Kena tipu dgan jakel. Skrg menyesal teramat sgt. Xtahu mcm mana nak hilgkan rasa mnyesal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhhhh.. terpukau la bila masuk jakel.. br je beli kain untuk nikah sepasang rm950.. keluar Jakel tetiba rasa mahal nau beli kain 😳

      Tp da beli kannn wat camno..

      Delete
    2. ank2 muda mmg sll blkg kn ibu bila nk beli kain tuk nikah atau sanding.walhal ibu lah tmpt tuk mnt pendapat..mmg betul..ank lelaki sy pn tertipu beli kain di jakel 2 hr lps di jakel senawang..tv promote harga offer tuk pengantin..depa ni pi la dgn harapan dpt harga offer..last2 dekat seribu duit melayang..bila sy tgk kain tu..masyallah.. rs tk tergamak nk sentuh kain yg nilai murah je klau pi tmpt lain..ank sy smp hilang selera mkn..menyesal seumur hidup sbb tertipu ..sebut je jakel...tgh mkn pn blh berhenti mkn..hilang selera.pd ank2 yg br nk kawin hati2 la..bw mak ayah teman kn anda..mereka tkde pelajaran tp byk pengalaman ...

      Delete
    3. kesilapan mmbeli kain ni mmg salah pembeli sbb tk tanya dulu brp harga semeter kain tu..mai redah je ..klau ibu2 beli..yg pertama mrk pegang je kain tu mst tgk harga kain..bila harga tk masuk akal..terus reject..

      Delete
    4. pd ank2 muda diluar sana..pls berhati2 membeli..jgn ghairah sgt .buat research dulu.biar penat sana sini buat perbandingan asalkn kita slmt kn duit kita dr ditipu..bkn senang nk cr duit.kita yg kaya kn jakel dgn beli kain yg mahal dn tk berpatutan harga nya..

      Delete
    5. walaupun entry ni dah lama, but saya pun ada pengalaman sama! pergi Jakel bangi nak beli for wedding, dia paksa paksa ambik lace smpai harga ribu raban. lining tu masa tgh tngok dah cakap kat dia tu bukan colour purple yang i nak tapi dia insist kata lighting bagai. cakap tggu jap dia terus potong and suruh bayar. last2 bayar je. bila keluar under lighting natural mmg lari sangat purple dia. rasa sedih sangat sangat. lining je derang charge 300 (katanya satin special la) tapi bila tgk kat IG , dull satin cmtu harga rm9 ~ rm 20 je T-T sedih sangat

      Delete
    6. Saya baru beli kain lace...sekali kain inner dia..utk anak..di pasar kliwon kudus..landing di Semarang..AA direct flight hari2..kul 6.55am..2 jam menghala ke Jepara..pusat kayu jati..kau ada duit rm450..dan ada rezeki..saya dapat 3 pasang..lace cantik..blh dapat dlm rupiah dari 75000 semeter..kalau yg 250000 rupiah sgt lah cantik..kain inner yg lembut dlm 35000 semeter..tak perlu ke jakarta yg jam..pergi pasar ni..cuma cara dusplay barang tu sempoi..jadi tak nampak mahal..but seriously..banyak kedai lace..kalau yg saiz petit tu beli je yg siap..ada kedai jual gaun lace yg dah siap..

      Delete
  2. Me too. Kena tipu dgan jakel. Skrg menyesal teramat sgt. Xtahu mcm mana nak hilgkan rasa mnyesal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertabah la. Awak kena tipu mcm mana? 😞

      Delete
  3. Sy amik yg pakej lace dia cakap seribu lebih tu tp die bg rm900. Rasanya sama je lace mcm awak. Tp sy tukar kain satin die bg tu sebab memang berkilat & tunang xnak kain satin tu. Jd kitorg tukar material lain. But still amik kain lace tu. & for kain lace only harganya rm800 😔😔 tak termasuk kain plain yg kitorg tukar tu. Xboleh tido mlm td sebab menyesal yg amat sgt 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm yeke. Lebih kurang la cite kita. Nak buat cemana. Takde rezki nak berjimat. Lesson learnt. Jgn cepat sgt nak bayar. Kena survey bnyak tempat n bawak org yg pandai. Move je lah kite. =.=

      Delete
    2. Hmm tulah. Kena redhakan hati. So far sy survey xde lagi jumpa tailoring bawah rm200. Dah spend duit pada kain terpaksa cut cost untuk upah jahit. Tp tu la x jumpa lagi yg murah.

      Delete
    3. Hmm tulah. Kena redhakan hati. So far sy survey xde lagi jumpa tailoring bawah rm200. Dah spend duit pada kain terpaksa cut cost untuk upah jahit. Tp tu la x jumpa lagi yg murah.

      Delete
    4. Sy tempah kat penang. Sy jumpa tailor ni kat instagram. Lepas anta a few baju, mmg dia jahit lawa sgt n murah. Kawan sy yg duduk penang pun anta baju nikah kat dia. Bridesmaids2 lain pun. Murah dan puas hati. Kemas sgt.Cuma nya Kalau pos kain kat dia kena amek ukuran btol2. Tp untuk baju nikah ni kebetulan sy pegi penang. So jumpa trus akk tu n dia amek ukuran. Cuba awak try search ig : enaazman. Sy punya Baju kurung moden, skali veil + tambah chiffon 5m = rm180. Sy suruh akk ni beli kan chiffon (rm12/meter) .Hasil nya sy x tau lagi. Hopefully okey la.

      Delete
    5. Ok. Thank you Fara 😊 semoga semuanya berjalan lancar inshaAllah

      Delete
  4. Rasanya saya mengalami nasib yang sama. Kain lace bermanik yang sama. Cuma saya nak tahu, di mana awak pergi tempah baju tu ya? Murah lah. Saya kena caj 1100 kot, sepasang... Please help me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak.
      Actly, sy jumpa tailor ni kat instagram. awak boleh search https://www.instagram.com/enaazman/ . akk ni duk kat penang. b4 sy anta bju nikah, sy try hantar baju lain nak test. tp kena bagi ukuran sendiri la, pos kain n dia jahit. jahitan dia kemas sgt. kawan sy pun ade tempah baju nikah n reception dekat kak ina ni. puas hati n lawa =) untuk bju nikah sy ni, sy pegi jumpa kak ina sendiri masa pergi penang. dia amek ukuran so inshaAllah okey la. total cost rm180 tmasuk veil. murah kan?

      Delete
    2. eh lupa nak tambah, actly mmg ramai org hantar baju nikah kat kak ena ni. dr mcm2 negeri sy tengok. smua thru online je. sy rasa sbb murah lepas tu cantek=) bg je design apa2 dia boleh buat. eh songket sy x tau la. boleh wasap dia tnye yee

      Delete
  5. sy baru bercadang nak beli kain utk temoah baju nikah dekat jakel.. tapi mahai macam ni x jadi laaa.. baik beli kat kamdar je..heee..skrg ni nak tempah baju yg masalah ni, x tau kat mana nk bawak kain ni..huhu

    ReplyDelete
  6. Senasibbb...sangat2 menyesal..smpai laa ni xhlg nyesal nye...tp dh terbeli..bila crik tailor smua letak harga mahal2.. nak nangis rase.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm. nak buat cemana awak. benda da jdi. bju nikah sy dah siap dah. cost x smpai rm 200 skali dengan veil. kalau berminat boleh search ig : enaazman.=)

      Delete
  7. Saya pun sama..sbjik mcm awk jugak..pergi x de knowledge..lpas tu ksian akk tu angkut kain smua..pastu sy nk putih..skli bila dia ptg smua..jdi cream jgkk...n bila dah byr bru rsa menyesal..nk cari tailor susah sbb lace tu susah jahit..:(

    ReplyDelete
  8. Saya pun sama..sbjik mcm awk jugak..pergi x de knowledge..lpas tu ksian akk tu angkut kain smua..pastu sy nk putih..skli bila dia ptg smua..jdi cream jgkk...n bila dah byr bru rsa menyesal..nk cari tailor susah sbb lace tu susah jahit..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertabah la awak. brg yg lepas jd kan pengajaran. bju nikah saya dah siap dah with minimal cost. x smpai 200 pun termasuk veil. alhamdulillah masih ade space nak berjimat.

      Delete
    2. Awak hntar dekat mana eh? kemas tak jahitan dia,,risau sebab rsa mhal sgt beli lace tu..huhuhu..if u dont mind to share hasil baju u yg dah jahit nnt..=)

      Delete
    3. kemas sangat n puas hati=D awak boleh tengok sini ye .. https://www.instagram.com/enaazman/ =)

      Delete
  9. alamak.. sy pon mcm awklah. kain baju melayu satin yg jakel bg percuma tu awk jd ke buat baju melayu? ke awk beli kain lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. sorry lambat respond. dan sebulan lebih kawen. haha. sy tak buat pun. sy gigih cari kain lain. alhamdulillah puas hati sgt bila beli duches. tetiba husben kte jd ensem. kuikuikui

      Delete
  10. maaf tumpang tanya kain ape yg sesuai untuk buat baju melayu untuk majlis nikah? sy x nk yg shining Sgt. boleh x tolong tunjukkan. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duches.. dia tebal sket x shining.. tp jgn beli kt jakel.. mahal 😥.. Br je beli 2hr lepas rm50 semeter.. sepasang bj lelaki da rm250..

      Delete
    2. Duches.. dia tebal sket x shining.. tp jgn beli kt jakel.. mahal 😥.. Br je beli 2hr lepas rm50 semeter.. sepasang bj lelaki da rm250..

      Delete
    3. duchess sgt sesuai dan kemas. saya beli kat unty dianaling kat semua house tu. dpt rm25 semeter. kain cantek je. jakel ade time2 dia buat sale untuk kain duches. kawan adik sy beli rm15 rasa nya semeter

      Delete
    4. Hi fara primo saya nk tanya kain duchess awak bwli kt mana ya?

      Delete
  11. Sis. Tunjuklah baju nikah. Nk tgk hasilnye cmne. Haritu pon ade pegi jakel. Tgk lace sje da mahei. Terus tak jadi. Hahaha. So sy masih lagi selamat sbb tak tegoda tgk lace2 yg jakel kluarkan. Haha. But my fren beli kt jakel sepasang rm800. Siap upah buat baju sepasang rm500+ (klu x silap) trus sy bepikir 2 3 4 5 6 7 8 9 kli nk buat baju sendiri or sewa je. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam awak. sy dah update dah baju nikah . tapi tak banyak lah. hihi . boleh tengok ni http://faraprimo.blogspot.my/2016/04/04032016-baju-nikah.html

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam sis.. tumpang tanye, lace tu sis beli kat mane ye.hihi

    ReplyDelete
  14. Mmg mahal pn lace kat jakel tu. Tokey tmpat sya keja dlu beli lace yg sama kualiti ngn jakel kat china ( which sya rasa jakel amik kat china gak) dgn harga x sampai RM20 semeter. Tp smpai cni jakel jual rm68 semeter..bayangkn bape bnyk untung dia. Tau la ada tax

    ReplyDelete
  15. Mmg mahal pn lace kat jakel tu. Tokey tmpat sya keja dlu beli lace yg sama kualiti ngn jakel kat china ( which sya rasa jakel amik kat china gak) dgn harga x sampai RM20 semeter. Tp smpai cni jakel jual rm68 semeter..bayangkn bape bnyk untung dia. Tau la ada tax

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuang asam. patut la harga dia overprice. sbb dalam kedai nampak cun sangat jd terjebak lah. =,=

      Delete
  16. Assalamualaikum ...tak try pergi semula ke jakel ke ? Untuk bgtau psl lace n kain satiim tu ...kita sbg pengguna ada hak utk bt tndkan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa xkan boleh buat apa pun bila dah potong kain n dah bayar. sepatutnya kena survey btol2 baru beli.

      Delete
  17. Assalamualaikum ...tak try pergi semula ke jakel ke ? Untuk bgtau psl lace n kain satiim tu ...kita sbg pengguna ada hak utk bt tndkan ...

    ReplyDelete
  18. ni mmg betul colour off white la kak :) off white colour puit yg tak berapa nak putih.

    ReplyDelete
  19. dalam phone mmg nampak offwhite dik. depan2 mmg cream, kuning. klu dik tengok baju kawen ak, akk dah tukar kain lain actly.lace je sama.

    ReplyDelete
  20. Hi fara.nak tnya..u beli kain duchess tu utk baju melayu je eh?kat diana ling tu boleh je kan kalau nk beli je kain, xwajib pun kena jahit kat c2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu saya tak pasti la. macam boleh. boleh pegi kedai unty tu tanya.

      Delete
  21. sis cuma nak ckp, sis jual kain. berganda2 murah dr jakel ��. kalau sudi, jenguk2 lah ig sis - SWE3TDREAMS. kbai!

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. beli kat tailor yg sy tempat baju nikah husband. dekat Dianaling, Semua House.

      Delete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Ok x buat baju melayu dkt Dianaling, Semua house tu sis? Hrge bape? Buat baju perempuan mahal ke kt situ?

    ReplyDelete
  25. Ok x buat baju melayu dkt Dianaling, Semua house tu sis? Hrge bape? Buat baju perempuan mahal ke kt situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey sangat. rm160. kalau baju perempuan memang mahal. sy tempah tempat lain =D

      Delete
  26. Sis fara nk tnya diana ling tu tailor ke? blh bg page atau contact dia tk?kita tgh cr tailor utk buat bju nikah jgk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Tailor di Semua House, 603-2693 5201 / 603 2173 9668.

      Delete
  27. walaupun entry ni dah lama, but saya pun ada pengalaman sama! pergi Jakel bangi nak beli for wedding, dia paksa paksa ambik lace smpai harga ribu raban. lining tu masa tgh tngok dah cakap kat dia tu bukan colour purple yang i nak tapi dia insist kata lighting bagai. cakap tggu jap dia terus potong and suruh bayar. last2 bayar je. bila keluar under lighting natural mmg lari sangat purple dia. rasa sedih sangat sangat. lining je derang charge 300 (katanya satin special la) tapi bila tgk kat IG , dull satin cmtu harga rm9 ~ rm 20 je T-T sedih sangat

    ReplyDelete
  28. Jgn terlalu ghairah. Belilah ikut kemampuan. Jakel tingkat 3 tu yg jadikan harga betul2 mahal sbb keselesaan yg disediakan + servis dari pakistan2 tu. Diorg mmg power buat sale. Ikotkan hrga asal kain tak mahal mana pon. Xde istilah dia tipu. Keselesaan tempat memilih dan layanan baik tu yg mhal harganya. Berbelanjalah mengikut kemampuan level msg2.

    ReplyDelete
  29. Jgn terlalu ghairah. Belilah ikut kemampuan. Jakel tingkat 3 tu yg jadikan harga betul2 mahal sbb keselesaan yg disediakan + servis dari pakistan2 tu. Diorg mmg power buat sale. Ikotkan hrga asal kain tak mahal mana pon. Xde istilah dia tipu. Keselesaan tempat memilih dan layanan baik tu yg mhal harganya. Berbelanjalah mengikut kemampuan level msg2.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...