Salam. Hai.
Sebenarnya terlalu lalu banyak cerita hidup aku yang aku simpan sendiri. okey. tipu sangat,. aku letak kat instagram =.= .Okey kali ni aku nak cerita pasal jam. apa ada pada sebuah jam? ada makna nya bila kau simpan duet, dan berjaya beli jam yg berjenama, tapi bukan untuk diri kau, tapi untuk orang lain *bunyi nak sweet aje*
Mula-mula skali, tiga atau empat tahun lepas, daus ada cite best friend dia dapat hadiah jam dari girlfren nye. tak pasti brand apa tapi mahal la. aku masa tu hanya lah student dan opcos tak ada duet lebih nak beli hadiah mahal-mahal macam tu. sedih juga. aku tengok dia macam teringin je tapi tak lah kejam sangat pegi mintak kat aku=D Sejak dari kejadian tu, aku pasang cita-cita nak bagi hadiah yang dia boleh pakai and pegi mana mana dengan hadiah yang aku bagi. obviously jam lah yang sesuai. tapi tapi tapi jam lelaki adalah mahal okey? so nak dijadikan cerita, aku dah kerja sekarang dan alhamdulillah masih ingat lagi cita cita aku tuh. asal nya ingat nak bagi jam as hantaran *mood cite sedih kembali* tapi apakan daya...memang tak berdaya =.=
Masa tu femly dia lagi dua hari nak ke Jepun. Then aku terpikir, tak kan tak ada apa apa aku nak kirim untuk dia. dah alang2 femly dia nak melawat dia, kan? dan tiba tiba dalam mood kesedihan postponed kawen tu aku tarik nafas dalam dalam *sebab nak korek saving* dan bertekad - aku nak beli jam untuk dia! sekarang! Selepas itu, aku pon bagi arahan pada jimah n shark, paksa teman aku cari jam, hewhew. kitaorg pegi Paradigm Mall malam tu jugak!
Sampai je sana masuk macam-macam kedai. kedai 2nd aku masuk trus ternampak satu jam nie. n berkenan. Harga dia rm679. what!? Bajet aku RM500-- je noks. melampau nya exceed sampai banyak tu =.= . Lepas tu aku pun jalan pegi kedai lain tapi hati aku dah ada kat jam tu. T.T .Love at the first sight la pulak,agak2 la. At last aku masuk balik kedai tu. dan sessi bargain pun bermula~
Aku mula2 bajet belek belek jam tu tanda berminat. huhu. pastu tanya harga. "Awak, kalau saya nak beli jam ni harga nya memang fix ke? rm679?" dia cakap - " hmmmm.. kalau awak betol betol nak beli saya boleh bagi murah" ..."550"..woahhh! tapi still exceed bajet. aku pun mula la duk sembang sembang ngan dia..*masuk jarum, the power of women* last sekali aku cakap - "alaa.. bajet saya rm500 je" -yakin nya.. ingat pasar malam? dia pun balas - "okey=D" woaaah lagi skali! untung nya jadi wanita. cuma perlu tingkatkan keramahan anda dari biasa untuk sesuatu. hewhewhew=D
Lepas suruh Shark try pakai kat 4-5 kali last skali aku terus beli. yeeehaaa! lepas beli aku sengeh-sengeh tak hengat eksaited nak bagi. dalam hati, "amboi la daus... aku pun tak pernah pakai jam se mahal ni.. untung laa.. rezeki.." nak tengok tak jam nye? balik rumah kat 10 kali aku bukak kotak, dalam hati "dia suka tak ni? dia suka tak ni.?.. tolong la cakap, dia suka tak ni..??? ". Lepas tu sesi tulis surat chenta selit dalam kotak konon2 sweet=)
Kenapa mesti warna hitam? Sebab dia memang suka sangat la jam hitam. |
NEXT STEP : Cemana nak buat suprise ni *sambil balut hadiah*
Haaa aku whatsapp adik dia. tapi terpaksa la cite suprise tu sebab dia yang akan bawak hadiah ni lalu imegresen nanti. just incase orang kat imegresen tanya apa dalam kotak hadiah ni kang dia pon tak tahu nak jawab apa lagi masalah!
Dah siap balut. tak sabar nak bagi! |
At the same time aku pura2 la konon2 nak tanya daus, makanan boleh tak bawak masuk dalam flight. bila dia jawab, aku mula masuk kepada soalan sebenar, kalau barang berbalut? alhamdulillah dia tak boleh trace. aku pun kelentong lagi. konon konon tanya sebab nak bagi biskot famous amos dalam tin. dia dah eksaited dah. dah lama tak makan famos amos kata nya, kesian!
Sampai je kat jepon, dalam kete lagi adik dia paksa abang nya suruh bukak hadiah tu. dia yakin je cakap.. "alaaaa biskot je pon.. kenapa nak bukak dalam kete jugak..?" lawak, kan? wakenabeb!! bila dia bukak... jeng jeng jeng jeng... dia dah start "eh.. eh.. eh.. ni bukan biskot!" dan terlaksana dah harapan dan impian aku nak hadiahkan dia jam. setel.
Sepanjang 2-3 hari dia duk cakap pasal jam, suka la.. suka la.. cantek la... - okey ini lebih dari jangkaan sebenar. tak sangka suka dia tu sampai ke tahap ini. tankiu awok=)
Tengok la level seronok dia macam mana .haha=)
Sila follow IG ni . harga jam dia lebih murah dari biasa! |
Tak lama lepas aku beli jam ni, isma bagi tau, dekat instagram jual jam yang aku follow dah pre order model yang sama yang aku bagi kat daus. tengok harga dia rm450! fuuhhhh naseb baik lah beza rm50 sahaja. weeehooo~ thanks promoter jam yang bertimbang rasa=)
Okey sekian sahaja kisah cinta sebuah jam. cinta lah sangat! Seronok jugak long distance nie sebab eksaited dia sama banyak dengan dugaan. Okey jumpa lagi di entry yang akan datang tapi tak tahu bila. Bye!
p/s : tak ada gaya sedih da kan? alhamdulillah=D
The Best Casino Apps in NYC (2021) - MapYRO
ReplyDeleteThe best Casino Apps in NYC (2021) - MapYRO - Best Casino Apps in NYC 안산 출장마사지 (2021) - MapYRO - Best 전라북도 출장마사지 Casino Apps in 문경 출장마사지 NYC (2021) 거제 출장샵 - MapYRO - Best 구미 출장샵 Casino Apps