Hai semua dah breakfast? Aku belum. Weekend ni aku sensorang di rumah sewa sebab housemet balik tengganu ada emergency. Mak ngah jimah meninggal. Innalillah~
Okey. Tahun 2014 ni bakal menyaksikan aku dan dous memulakan hidup di tempat baru.*gitteww* Eh tapi kami bukan berpindah sesama ke rumah yg sama. Dous still remain kat japan, and aku kat malaysia =D . Tapi persamaan nya ialah, kami sesama pindah ke tempat yang lebih bandar siket. Waah:) okey sat noh aku nak review rumah baru tapi nak cakap pasal rumah lama juga.
Sekarang ni dah setahun lebih aku tinggal di bukit jalil. Bila sebut bukit jalil mesti orang cakap, waaah tempat orang kaya tuh.. Kawasan yang x boleh dekat! Tapi masa mula-mula dapat kerja kat TPM aku dan dous memang sama-sama turun bukit jalil banyak kali untuk cari rumah aku. Ingat lagi masa tu cuti dia sangat pendek tapi dia balik malaysia jugak semata-mata nak tolong aku pindah, angkat barang n etc.*dulu tak de ozzy lagi* . masa tu december 2013 . he come all the way from japan for me. Buat suprise depan pintu rumah. Pensan x ??. sepatutnya dia tengah bersuka ria main ski but he still chose me over other things. So jangan tanya kenapa aku xpernah bertukar. Kekekeke:p
Stadium bukit jalil. Nama je duduk sini, selalu parking kereta sini tapi segala jenis event ke kat sini tak pernah nak pegi. Malas nak menempuh jem. Baik lah aku duduk depan laptop tengok live streaming *rumah takde tv*
Kat bukit jalil aku tinggal di flat sri rakyat yang boleh kata sangat dekat dengan TPM. Tapi dah nama FLAT what do you expect?
Mula mula memang tak ada dalam fikiran langsung nak pakai kereta, itu lah buat keputusan nak stay sini sebab ada bas rapid lalu. Rumah yang aku dapat alhamdulillah. Sangat cantek. Lua macam setinggan, dalam macam kondo:) even rumah aku kat kampung pon x secantik ini. Huhu:) tapi sejak dah pakai kereta parking pulak jadi issue.
Culture parking sini adalah double park. Gambar atas ni macam Kebetulan pulak kereta kat bawah tak berapa nak ada. Weekend kan? . Kalau duduk sini dan berkereta , korang memang kena pikir berjuta kali. Kalau korang balik pkul 8 malam ke atas, jangan berangan lah nak paking dalam. Unless kalau sudi kereta korang ditolak2 lalu bercium dengan kereta lain. Omg!
Kereta aku myvi, baru 6 bulan pakai. Kereta myvi adalah kereta yang tak di design untuk double park. Nak tau kenapa? Cuba test. In general, Kalau nak nak double park kete myvi tak boleh cabut kunci. Tapi tapi kalau boleh pon aku tak la smpai hati nak tinggal ozzy camtu. Cukup lah kecelakaan yang ozzy dah rasa sepanjang duduk sini smpai berkarat bumbung dia. *orang baling besi dari tingkat atas*
Tengok lah apa jadi *nages* . Pindah! Pindah!
Setelah duduk setahun sini, yang aku boleh review :-
#Pro
1. duduk sini senang in term of accesibility thru highway, dekat sgt dengan tpm (tak payah redah jem),
2. makanan senang nak dapat n super sedap dan murah! (Kedai akak bawah ni je la)
3. kedai-kedai bnyak (tak susah nak beli grocer)
4. dekat dengan tempat joging (tapi aku x pernah joging pun)
5. Senang nak dapat teksi n bas rapid T418 lalu sini
#Cons
1. Tak baik untuk kesihatan kereta! (Susah paking, double park, orang buang sampah dari atas kena kereta, kekadang air kotor dr mana entah jatuh atas kereta jugak)
2. Environment kurang selamat (banyak foreign worker yang suka bergadoh, Anak dara akan selalu kena ngorat bila nak pegi kedai, kotor banyak sampah merata rata orang buang dari atas and etc)
3. Rumah berbau pelik and busuk noh (tak tahu lah mana datang bau pelik tapi rasanya sebab berkongsi paip dari sink yang sama)
4. Air berkarat (kalau lama tinggal rumah, bila bukak paip air mmg warna lumpur)
5. Lift kotor dan berconteng2
Conclusi nya, flat sri rakyat okey kalau tak berkereta. Boleh lah kalau nak stay sini untuk sementara or jenis yang jarang-jarang nak duduk rumah. Kalau nak stay dengan femly memang not recommended. Lagi satu interms of living cost, duduk sini memang murah kalau nak compare dengan tempat lain di bukit jalil ni. Kalau nak slesa sgt , satu bilik kecik boleh cecah rm500++ . Ouh ini sgt omg!
Ini adalah rumah sewa baru ku di Bandar Tasik Selatan:) teres dua tingkat, landed, dan sangat cantek:) bonus lagi : paking depan rumah .alhamdulillah! Macam mana aku dapat rumah ni and keadaan dalam nye nanti aku cite kat entry akan datang.
Ni gambar jenjantas depan rumah, kereta tu namanya ozzy,
yang buat peace tu tangan ekin.
Depan rumah ada jejantas yang terus stret ke Stesen lrt, ktm n erl bandar tasik selatan. Sronok kan? Depan idung je smua. Muahahaha:D fyi rumah ni betol2 sebelah mrr2 n jalan nak uturn ke sungai besi. So kalau korang uturn boleh nampak aku lelambai dr rumah. Kuikuikui.
Okey jom tengok bakal rumah dous pulak kat japan.
Pemandangan dari balkoni rumah dous di tokushima. Yang putih2 itu snow, sekarang ni winter lagi. Dous pindah ke kawasan bandar sikit kali sini. Sebelum ni dous menyewa satu rumah tapi di sebabkan budget issue and nak kumpul duet kahwen terpaksa lah pindah, share rumah dengan kawan2 yang lain. Jimat sikit . Lagipun senang lah nak *baito skali kan. Tak banyak yang boleh di cerita pasal rumah dous ni sebab nya bukan aku tengok secara live:). Yang pasti dekat juga dengan *dai dous.
Moto bersalji. Moto ni dous cakap 50 cc je. Ish Lambat noh!
Langkah seterusnya sekarang ni kena kemas kemas rumah n packing packing packing. Haaish tak tahu lah nak mula kat mana. Hopefully aku buat keputusan yang betol untuk pindah. Harap2 juga ozzy gembira sebab lepas ni aku ada masa nak belek2 dia, boleh intai2 depan rumah je . Yeehaaa!
Okthanksbye!
P/s : sakit tangan update blog pakai iphone. Nak buat cemana, takde streamyx da. Wuwuwuw T.T
*baito : kerja part time
*dai : universiti
No comments:
Post a Comment