Tuesday, 5 January 2021

Review 2020 dan Kesan Bukak Braces Lambat (Lepas 6 Tahun)

 Hai yuols.

Kembali bersiaran setelah sekian lama. Sebenarnya terlalu banyak cerita kalau nak di update kat sini. Tapi apa kan daya, aku rasa lebih laju bila update dekat instagram. Memandangkan sekarang aku tengah ada di moment paling relax pernah jadi dalam hidup aku, ada banyak la masa terluang nak tulis balik cerita-cerita yang bagi aku worth the time to revisit balik bila boring..

Sekarang dah masuk tahun 2021. Lets summarise apa yang jadi sepanjang 2020

1) Decision terpaling EPIC 2020 --- resign from Etiqa, dan of course prepare untuk jobless lama since sekarang pandemic, economy tak bagus.

It started with this.. one of my proud moment=)

But the last day came too soon.. its okay. one door closes, another door opens

2) Sempat pergi jalan Jepun 1/2/2020. Balik je, 2 minggu lepas tu pandemic start dan terus MCO. pheww!

Gala Yuzawa with best friend forever. We made it yaw after plan setahun awal=D

Posing di Shibuya. Kalau takda kawan ni, tak dapek la posing begini

3) Start online business, walaupun hanya sekerat jalan dan category berjaya jugak win award, Last-last semangat sampai situ je. Sebab tak passion nak coaching, hari-hari promote dan sebagainya. Sebab paling besar ialah aku tak jumpa Big Why aku lagi setakat ini. 

Kejayaan. Boleh sebenarnya. HAHA

4) Tahun melepaskan braces setelah 6 tahun k. Sekejap lagi aku cerita panjang apa kesan nya lepas banyak tahun tak bukak braces.

Final moment with braces. Bye bye besi=)

5) Jadi full time housewife (for now) dan duduk kampung 3 bulan. Husband sis boleh kerja wfh 100%. Alhamdulillah tak pernah imagine pun akan duduk kampung lama-lama macam ni.

Nice view on the way to Seri Iskandar. We love the skies=)


6) Perjalanan TTC diteruskan alang-alang dah relax sangat kat rumah. So 2020, aku sambung balik jumpa gynae yang ke-3. Kali ni buat di Sunfert, Seremban. We all repeat balik fertility screening dan still diagnosed as unexplained infertility. Alhamdulillah untuk ujian yang tak seberapa ini. Sekurang2 nya kami berdua cuma tak ada rezeki saje kalau nak dibanding dengan pasangan yang kena operate, cucuk sana sini untuk dapatkan anak. 


7) Walaupun pandemic, sempat naik cameron 3 kali. kihkih. Repeat Legoland. Bawak family pergi Avani. Jalan-jalan Melaka. Tapi sentiasa sanitise dan follow SOP, syukur semua selamat.





8) Adik pompuan last sis menamatkan zaman bujang nya. 

One with Pengantin PKPB. Kenangan kawen kat Pejabat Agama Seri Iskandar. 


9) Dapat hadiah dyson. tak tahu lerr untuk hadiah anniversary ke 5 tahun 2021 atau merangkap hadiah untuk segala occasion tahun ni. 

Dyson Digital Slim, sesuai untuk asean home yang kecik comel


10) Berhari raya di rumah sendiri sempena MCO. Sangat memorable.

Melawat Starbucks Aeon Nilai je, amboi rambut mco daus. haha
 

Photoshoot raya syiok sendiri kat taman rumah.
Lepas setahun pindah sini, ini 1st time pegi taman ni. 




Rasanya ini je kot yang terjadi. 2020 in memory. Hello 2021=) Harapannya aku dapat kerja baru yang sesuai dan dikurniakan zuriat pada masa yang tepat. Tolong amin kan, pleasee..


Selain review apa jadi in 2020, tujuan entry kali ni, aku nak cerita pasal kisah lama. Cerita pasal sesuatu yang dah jadi sebahagian dari hidup aku since 2014. Finally, farah off braces tahun 2020. Setelah enam tahun gigih guna interdental brush, ulser berkali-kali, dan pergi jumpa dentist. Rasa paling kelakar bila ada blogger lain yang terinspirasi dengan cerita braces aku, pakai braces dan dah lama buang braces pergi follow up pulak alkisah aku ni dah off braces ke belum.

Saboo je lah.. bukan tak nak buang braces.. tapi..

1) Sejak kawen, asik skip appointment sampai gigi dah lawa tersusun, kembali menjarang. Banyak kali ya. So, sebagai pengajaran, adik-adik jangan skip appointment dentist, ya..

2) Takda masa. Klinik sentiasa full. Dan susah nak buat appointment. Kena ambik cuti nok untuk pegi weekdays. Weekend pulak susah dapat apointment

3) Dah selesa. Dah tak rasa susahnya hidup dengan braces. Dah immune.


Sebenarnya, aku baru sedar, tak elok pakai braces lebih dari masa yang sepatutnya. Takda siapa pernah share pun masalah pakai braces lama-lama. Seingat aku, aku dah boleh buang braces masa dah 2 tahun lebih pakai. Tapi aku pergi tangguh-tangguh, drag sampai 6 tahun..


Tau tak apa yang jadi ?


1) Gigi mula mereput

Dari segi luaran memang cantik, no problem. Tapi, aku perasan, gigi yang kena sarung dengan molar band mula rosak dari bawah. Sebab nya kawasan tu terlindung, tak dapat digosok elok. 6 tahun di cover besi. mmg ada kesan nak reput. Reput tetap jadi walaupun aku tak pernah missed gosok gigi, pakai interdental brush dan kumur-kumur listerin purple yang pedas gila tu.

Ini lah dia molar band yang pasang kat gigi tu


2) Gusi menyusut

Gusi mula menyusut dan berbau sebab makanan senang nak terselit situ. Aku baca-baca, ada research cakap, bila pakai braces, ada tekanan dekat gigi dan tulang gigi dan besi tu sendiri punca jadi masalah gusi ni. Kalau pakai lama macam aku, lagi la jadi punca. Gusi menyusut ni bahaya sebab gusi dah rata. Lama-lama senang je gigi ni cabut sebab dah tak kuat & tak stabil. 

Nampak tak ruang-ruang boleh masuk makanan tu. Stress tau setiap kali nak kena korek.

Tadi aku pegi scalling gigi, tanya doctor apa nak buat dengan gusi menyusut ni. Payah sangat bila makan smua benda terselit. Dr cakap tak choice, korek je la gigi tu. Kena floss hari-hari. Allahuu.


3) Cantik tak permanent

Susunan gigi yang cantik ni bukan lah sampai bila-bila. Ya, semua orang tahu ni. Jadi retainer wajib pakai selagi hayat di kandung badan. Actually sampai mati. Aku mati-mati ingat retainer kena pakai setahun dua saja. Rupa nya tidak. Aku ada survey, kawan-kawan  yang dah lama buang braces. Aku tanya, pakai retainer ke tak. Mostly cakap tak. Dan gigi ada yang balik ke asal, certain lagi takda effect pun. masih cantik.

Case aku, bila skip appointment dentist berbulan, aku perasan gigi aku mula bergerak dan menjarang (since aku buang 4 batang gigi, dan gigi aku jenis besar2). Aku buat conclusion, for those yang space gusi nya kecik, tendency gigi untuk balik ke asal kurang. Tapi untuk jenis orang yang gigi besar, space gusi pun besar, jangan buat hal ye.. gigi kita akan relapse balik. Aku sangat la tak berani untuk skip retainer. Kemon, takda sape suka nak pakai balik braces, tambah bila dah tua-tua ni. kah!

Jenis-jenis retainer. Sis punya yang clear tu. Tiap kali makan kena bukak. 
Rasa nya one day nak pakai fixed bonded tu. Tak payah bukak dah.


4) Develop perangai ketap gigi masa tidur

Aku perasan jadi macam ni sejak pakai braces.Tak tahu lah kenapa. Tapi ni bukan bruxism tu. Kadang-kadang bangun pagi, rasa sakit rahang, sakit kepala sebab semalaman ketap gigi. Good news lepas pakai retainer, dah kurang dah masalah ni. maybe sebab gigi dah kena lapik dengan plastik tu.

Jadi nya, sebagai konklusi, alkisah membelek gigi aku ni memang tak kan habis. Memang dah routine sebelum tidur, bersihkan gigi, rendam retainer dengan ubat dia, dan pakai. Sumpah leceh! Tapi apa nak buat, aku punya decision sendiri untuk pakai braces ni. Sementara takda anak kecik, memang aku takda masalah nak maintain routine ni. Bila ada anak nanti, adakah apak dan anaknya boleh kasi chance? HAHA.


Akhir kata, Beauty is Pain dah habes, sekarang -- Beauty is Kegigihan =D


Till then,

Farah





Sunday, 30 December 2018

#040316 : DIY Hantaran Kahwin

Disclaimer : Aku dah kawen almost 7 bulan masa aku tulis entry nie. dan lepas almost 3 tahun kawen baru nak post. Apo? sorry baru perasan dalam draft lagik =D

Salam dan hai hai.

Hari ni aku nak share process pembikinan hantaran diy untuk majlis kawaen aku dulu. Masih meng inspirasi kan instagram-instagram yang aku refer dulu untuk hantaran tunang, tapi aku just tukar tema sahaja. Dan kalau ada yang perasan aku recycle je barang-barang hantaran aku masa tunang dulu.




  









So yeah. ini lah hantaran diy buat sendiri sebagai kenangan. As of today, dompet belang2 hitam merah tu dah kena rembat dengan maid mil dan dengan dia-dia sekali kabur lepas habes kenduri. naseb baik aku terus pakai gelang kawen lepas selesai nikah. kasut hantaran daus tu tak pakai sampai sekarang sebab tak sesuai kata nya, and, cincin kawen aku tempah untuk daus (jari dia size 20 lebih) pun dah hilang lepas 6 bulan kawen. missplaced ke apa aku pun tak tau. frust sangat sebab nak cari design n size yang daus nak bukannya senang, dah tawaf 1 kl baru jumpa. Okey sekian saje cerita hantaran 2016 dulu. dah tak in trend kot style begini.. Doakan kami dipermudahkan urusan untuk dapat zuriat #ttc2y9m

Bye.

-Farah-

Tuesday, 19 April 2016

#04032016 : Baju Nikah =)











Baju Melayu by : Diana Ling (Semua House)
Baju Kurung Moden + Veil : Enaazman

Salam. Bila dah cite panjang-panjang kat blog pasal baju nikah bagai, rasa tak best pulak kalau tak belanja sket hasil baju nikah weols. Alhamdulillah, everything turned out so well, walaupun masa nak menikah tu macam-macam la jadi. miscommunication lah, bantal nikah entah kemana la,, yang paling kelako bila bantal nikah lupa nak bawak, pehtu dulang girl aku tak bawak cincin daus masa kat masejid omg!. memang kelam kabut sampai rasa taknak masuk masjid. nak menages tepi pintu. T.T .Masa tu aku dah tak boleh brain apa-apa dah. terima kaseh banyak kepada femily yang banyak tenangkan aku =') 

Dua kali lafaz.

Yes, dua kali. Sebab ayah aku yang gabra lebih sampai tak sebut ringgit. Kalau tetiba convert USD kang tak ke naya daus hari tu. =D Disebabkan dah tak focus dah , masa daus akad nikah aku takde fefeeling apa pun, jauh sekali nak menages =,=' Apa-apa pun, alhamdulillah. Perasaan lega dan tenang lepas bernikah memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. =)


mak ples dont cry. hewhew


Jenuh cover comei. haih.



Adakah ini sejenis kelegaan? =P



At the end, he is the real hero. Allah has written his name for me in Luth Mahfuz. 
Alhamdulillah =) 


Actually, Daus my puppy love zaman sekolah that turns out to be my husband. iyee, bukan semua jalan cerita nya sama, but alhamdulillah, he's the one and only since foreber gitew.


.............................


Cost baju nikah :

1) Baju aku 
- Lace + kain = rm800 =.=!
- Upah Jahit + chiffon 5m (tailor cari) = rm180
- Tudung Shawlbyvsnow = rm28

TOTAL : rm1008 ( ni jakel punye pasal la!)

2) Baju daus
- Kain duches 4m = rm80
- Upah jahit = rm160

TOTAL : rm240

.......

Nampak tak sebenarnya kos baju nikah tu lari kemana sampai jd ribu. =____= Okey. Sekian saje update cite kahwin kali ni. Short and sweet kekdah nye. 

okbye!







Monday, 26 October 2015

Braces Progress : Power Chain


Salam.


Lagi cerita braces. Semalam aku pergi Klinik Aina untuk appointment gigi macam biasa. Tapi kali ni eksaited dia macam lebih siket sebab tahu ada progress baru nak tunjuk kat doc. tau x, gap 4 batang gigi aku yang cabut dulu dah completely hilang. yeay! taniah kepada diri sendiri. berjaya jugak tukar-tukar getah walaupun tak berapa nak istiqomah sampai kena bebel teruk dengan dr. masih terngiang-ngiang lagi bebelan dr tu dulu..


''Farahin! kalau awak tak pakai getah, nanti gigi tu tak bergerak.. sama la macam awak ikat tali kat benda tapi awak tak tarik. tak bergerak kat mana-mana. tau tak farahin..??"



Ini lah getah braces yang di maksudkan. wajib tuka 3 kali sehari
Berdesing gila aku dengar dr ni bebel. Pensan! Sejak kejadian tu memang risau sangat nak datang klinik kalau gigi takdek progress. gerenti kena terjah dengan soalan getah. wuwuwu. Moral of the story, jangan la tak ikot cakap dia. Dr aina kata, kalau tuka 3 kali sehari pun pergerakan gigi tu 1mm je. Anyway, sepanjang pakai braces ni, ramai yang tanya, " kenapa lepas pakai braces, gigi makin menjarang je tengok? "


Cemana nak cite ehh. Well, memang itu lah sebahagian dari progress pergerakan gigi aku. Bila pakai braces ni, gigi memang keep moving. Boleh jadi bulan ni gigi  rapat ke gigi kapak, next month tetiba dia rapat ke ke gigi graham pulak. Lagi pulak gigi aku spesis yang besar-besar, so agak jauh la gigi tu kena bergerak dalam proces nak tutup gap gigi yang cabut dulu. Sekarang ni, gigi tengah aku pulak makin jarang gila sampai ramai yang tegur. alah, tak kisah la. bila lagi nak rasa gigi jarang. hewhew=D


Asalnya cani . Eh jo rupanya =.=

Lepas tu jd cani. omg scary!

Sekarang dah jadi ni. jarang tengah-tengah

Dr Aina kata lagi, tunggu gap gigi yang cabut dulu rapat baru boleh pakai power chain untuk solve benda ni. Tapi, serious malu oi bila gigi jadi jarang sebatang-sebatang, obvious sangat gusi tu. Keadaan jadi bertambah stress bila masa tu lagi beberapa bulan nak bertunang, haiyokk risau sangat kalau gigi macam tu jugak. Jadi nya, tiap kali malas pakai getah ak mesti motivate diri, tunang nak dekat ni. nanti buruk.. pakai cepat!! last-last masa tunang jarang jugak tapi better la dari jarang kot tepi tuh. AHAHA


ni haa.. naseb baik tak obvious sgt. =D


okeh, enough throwback. sekarang aku dah pakai powerchain. alhamdulillah, nak tau apa tu power chain?




Ini adalah power chain. dia sejenis getah berantai yang di pasang hujung ke hujung. Tahap kesakitan? wuuuuu. memang power. tak tipu. dah nama pun power chain kan. kesakitan dia serious lah macam mula-mula pakai braces sampai makan bubur je mampu. Oh ye, sebenarnya fungsi power chain ni nak merapatkan lagi gap semua gigi. InshaAllah lepas ni takde lagi lah gigi jarang kot tepi ke, kot tengah ke ;)




Persoalan nya, kenapa tiap kali nak tunjuk gigi mesti ter pakai tudung merah ni =__=. Okey lah sampai sini saje update gigi aku. Kalau ade cite terbaru aku hupdate lagi. 

Bye!






Thursday, 22 October 2015

DIY Hantaran Moden Yang Simple

Salam.

Hai semua. 22082015 lepas aku selamat jadi tunangan orang, alhamdulillah. Cumanya tak terhupdate pula cerita nya kat sini. Jadi terima lah gamba tunang sekeping dua. hewhew


Tema ala-ala frozen gitu. hewhew

Tapi motif aku kali ni nak review macam mana aku struggle buat hantaran sendiri.even aku seriously takda knowledge pun pasal ni. Sebelum tu jom tengok hasil diy aku.

Sebelum bubuh pearl
Final product! takde offical photographer. pakai phone sendri je
Okey fine, takde la lawa sangat tapi untuk first timer, boleh la kan. Beberapa bulan sebelum tunang aku start buat research dekat instagram, facebook, pinterest trend hantaran moden zaman sekarang yang mudah dan tak serabut. aku sangat berkenan dengan minimalist concept, clean dan hanya pakai max 2-3 tone colour je. mula-mula aku risau takot kaler tak naik lah bagai, tapi bila refer balik hantaran yang banyak-banyak aku screenshot, memang trend sekarang macam tu. nampak lebih xclusive kekdahnya. dan tak lama lepas tu, baru website iKahwin feature article pasal hantaran moden, amek gambar-gambar dari instagram yang aku refer tu. so kira nya aku lagi advance ke ni? HAHA

Instagram acc yang aku follow for inspiration :

Ig : Ribbonsnties
Ig : Octavvia

Korang boleh lah refer. Semua nya Singaporean punya. Agaknya memang trend singaporean macam ni. Malaysian baru nak follow. =D. Hantaran moden ni senang sangat dan tak complicated. tak memerlukan skill kesenian yang tinggi, cuma kena pandai main kombinasi kaler, susun barang dan bunga atas tray, selebih nya gam-gam sahaja. So untuk diy hantaran moden ni, benda yang perlu di sediakan adalah :-

1. Foam / bantal hantaran
2. Kain satin
3. Bunga
4. Riben
5. Tag hantaran - sila diy supaya jimat

Benda lain, macam gam tembak, gunting, doubleside tu biasa laa. kalau tak cane nak melekat pulak, ye dak? Okey nak story dulu, almost semua barang aku beli dekat kedai Fahlean. Boleh cek website kat sini http://www.fahleanfloral.com/ . General review, kedai ni takdelah murah gila-gila, harga standard, tapi SA sangat-sangat bagus. Reason aku pilih Fahlean sebab dekat dengan rumah aku di Bukit Jalil, boleh pegi naik kete je.


Lokasi : Balakong dekat dengan AEON Cheras Selatan.



Dalam Fahlean. Bunga dia serious banyak choice


1. Foam

Foam/gabus panjang cerita nya. Sebab aku budak belajar dan buat berdasarkan contoh sahaja, aku pilih  foam bentuk bulat. memang lah foam bulat cantek. tapi di sebalik kecantikkan tu ramai tak tahu betapa hazab nya nak balut foam ni. yang aku pelik jugak, kenapa SA kat fahlean tu tak advise aku pasal ni? dia ingat aku biasa nak buat hantaran ? bayangkan aku buat 9 bijik. makan bulan jugak la aku menghadap foam bulat ni sampai sakit-sakit pinggang. buat sebijik, giveup. sambung next week. buat lagi, giveup. buat lagi, dan begitu lah seterusnya. Housemet aku hanya mampu lihat sajo, nak tolong buat pun dia x sanggup agaknya =.=



Tengok la betapa huru hara nya nak balut foam bulat ni. kena cover dengan reben kat keliling bagi kemas. Lepas tu tampal kertas pulak.


Dah siap. basah ketiak.

2. Kain Satin

Kalau buat 9 bijik hantaran, pakai dalam 3 meter sahaja. Pilih la warna apa yang ada, rm3.50 je se meter.  Okey bab anggaran barang banyak mana nak pakai aku serious puji gila SA kat fahlean ni. dia memang guide kita beli cukup-cukup sahaje supaya tak membazir. Kalau korang pegi sini memang bagus dorang ni sebab bukan jenis nak untung banyak. dorang akan suggest yang mana perlu je. Lagi satu, korang boleh tanya macam-macam kat dorang sebab smua SA sini pandai buat hantaran. so free-free je boleh dapatkan tips, macam nak lekat itu ini, nak guna double sided ke gam tembak, apa nak kena ada untuk itu ini.

Kain satin dalam Fahlean. rm3.50 per meter

3. Bunga


  

  Hydrangea di mana-mana =)

Untuk pemilihan bunga, aku pilih hydrangea. sebab bunga ni tengan 'in' sekarang. Special pasal bunga ni, dia mesra-tray.  kaleh kot mana pun still sweet dan blend in dengan barangan atas tray. Lagi pun aku sebenar-benar nya try avoid roses sbb, kemon! baru la rare! *gigih nak rare*


4. Ribbons

Lokasi : Kedai Bunga Reben Jalan Tar

Walaupun Fahlean ada jual banyak ribbon, tapi ribbon di jalan tar jauh lagi banyak pilihan dan material cantek-cantek belaka. Macam kedai ni, bertingkek-tingkek ribbon, pening juga nak pilih warna. So kepada sesiapa yang cari warna-warna ribbon yang rare untuk hantaran, aku suggest korang turun lah ke kedai ni. mesti ada punya lah.


5. Tag/Label hantaran

Kalau diperhatikan, hantaran moden ni tak pakai banyak 'eksesori'. cuma ada foam, reben, dan bunga. Jadi tidak lengkap lah jikalau takde tag hantaran. nampak tak meriah, dan kurang sesuatu. sekarang ni banyak dah printing servis kad kawen yang buat benda ni tapi serious la mahal. sekeping rm1.90 aku selalu jumpa. macam x worth it untuk label. belum masuk postage lagi. So aku dengan gigih nya buat sendri.

Inspirasi 

DIY sendiri. almost there! guna microsoft word je. okeybye.

Ok secara kesimpulannya, sesiapa pun boleh develop talent nak buat hantaran. cuma perlu rajen lah tengok-tengok contoh. Seriously mula-mula aku nak gam pun seriyau. tapi sape lagi nak tolong buatkan hantaran kalau bukan diri sendiri. at the end of the day, EFFORT. Effort yang korang buat untuk big day korang tu yang manis. Jadi, tunjukkan rasa sayang dan appreciation melalui effort. sweet tak? krohhh zZz.


Kegigihan nak ber henna masa tunang


Okthanksbye! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...