Wednesday, 4 March 2015

#07052014 : Braces is ON!


Warning : Ini adalah entry terperam dekat draft since tahun lepas =.=

Hai semua. 
Pada yang pernah terbaca entry blog aku sebelum ni, aku ada expresskan harapan dan impian aku nak buat braces, kan? okey. to cut it short - its done ! #07052014. macam tak percaya masa aku tengah taip entry ni aku sedang ber braces gittew~

Nak buat braces adalah sangat mudah. Dia perlu dua perkara je :-

Yang pertama adalah - DUET. Yang ke dua - KEBERANIAN.  Duet dan keberanian kena SELARI ye kawan-kawan. kalau kau ada duet tapi tak berani memang hampeh lah tak kan jadi punya nak pasang besi nie.

Sebelum ber braces..


Okeh. nak habaq mai, gigi aku sebenarnya kelihatan normal. Takpe apa yg pelik bila tersengih mcm gambar di atas.

Okeh sekarang cuba lihat gambar di atas kembali. bila orang berinteraksi dengan aku mesti akan perasan abnormalities di atas. gigi atas aku sejak tumbuh gigi bongsu semakin men jongang dan gigi bawah aku makin me rebah, makin berombak seperti tsunami. Secara jujur, gigi aku ni warisan genetic nenek sebelah mak. aku tengok kezen aku yang dapat genetic ni makin menjongang lepas dia ber anak satu. so aku memang tak tunggu lagi. baik aku pegi pagar kan siang-siang. huhu!

Memula tu jenuh la pegi tanya orang sana sini patut ke pakai braces. Tapi lagi lama tanya lagi la lambat nak buat so aku terus yakin je pegi call klinik gigi n set appointment. Klinik gigi pilihan adalah Klinik Pergigian Aina di kajang. Kebetulan aku dah biasa pegi area kajang so nampak sangat berjodohan nak pakai braces ni - tak da masalah nak pegi sana tanpa sesat. Harga pun berpatutan, sangat murah nak compare dengan klinik lain. tapi pape pun kena la ready duit deposit uols. Klinik Aina mintak 1k je. setengah orang cakap klinik ni boleh kasi deposit murah lagi cuma kena pandai la nak cakap. 
Klinik ni bagus. Harga dia charged based on severity gigi patient. untuk gigi aku dia charge RM3800. Harga ni sangat okey sebab termasuk smua treatment (kecuali cabut gigi) and retainer. memang ada klinik buat braces yang jauh lebih murah. tapi bagi aku nak buat braces ni kira macam long term commitment. every month kena pergi kalau nak bukak cepat. so, pemilihan klinik ni kena consider banyak factor. 
1. Harga - should be within budget (klu guna duit sendiri )
2. Dentist - experience dentist tu penting. buat braces ni sakit, banyak hal dia dari nak cabut gigi, pasang barang-barang, sampai la nak ketatkan tiap bulan. so, no offense, aku tak prefer jadi bahan experiment student yang baru acah-acah belajar nak pasang braces
3. Location - Harus lah tak memaksa aku redah jam tiap kali nak appoinment. mula-mula nanti okey takot lelama nanti aku jadi cemuih pulak nak pegi klinik.
4. Staff - Staff kena berhemah ye. aku tak demand sampai nak treat aku gila baik, yang penting tak kurang hajo. kita bayar beribu kot.
5. Availability - kalau nak pilih klinik braces ni, kita kena tengok senang atau tak nak buat appointment / reschedule appointment. bayar murah pun tak guna kalau q panjang sangat. nanti tak pasal kena pakai braces bertahun-tahun sebab klinik sentiasa full + susah nak jumpa dentist. kesannya, gigi lambat bergerak.


dah consider smua faktor?
Okey sekarang tengok gambar bawah ni.



  *krik krik krik*

Sejujurnya badan aku jadi kejong tengok alatan ni. segala tok nenek jarum, playar, ready atas tray. kerja kita cuma bukak mulut sahaja and tunggu masa untuk di kerja kan. muehehehe. aku tak berapa nak ingat segala step buat braces ni. main thing nya - moulding gigi


wah huru hara sangat! Yang dentist duk pangkah-pangkah tu adalah gigi sihat walafiat yang bakal di buang. Masa tengah buat moulding ni dalam hati aku duk ulang - "apa aku buat nie.. apa aku buat nie...?" . teringat mak ayah kat kampung ....
gigi graham bell  besar n kecik

Aku kena buang 4 batang gigi. Minggu pertama dia cabut dua batang, next week lagi dua batang. Lepas cabut gigi tu aku rasa mcm baru lepas eksiden, macam kena tumbuk pun ada.  Semua rasa tak kena, worst part is air liur asik meleleh je sebab tak biasa hilang gigi, mulut jadi bocor. minum pun kena pakai straw. Sakit ke tak cabut gigi? biasa je. sakit memula  ja masa introduction bius yang pertama. 1 batang gigi memerlukan tiga kali cucuk bius. cuba darab sket brapa kali cucuk bius tu. tapi jangan risau, tak sakit mana la. sebab cara doctor aina lain dari yang lain. doctor aina akan cabut gigi lepas sebulan pakai braces penuh. kira masa tu gigi kita dah start bergerak and longgar. kesannya, tak sampai seminit gigi siap cabut. bergaya kan?


Gambar 1st masa mula-mula pakai braces. Ya ampun mcm gigi terminator.
Before and  after

lepas sebulan

semakin okey. alhamdulillah gigi aku jenis tak degil. pantas bergerak. sakit dia jangan cakap la bulan pertama tu .sampai  tdo tersentak-sentak, terkejut-kejut sebab terlalu sakit. gigi atas bawah tak boleh berjumpa. terketap gigi mesti nak menjerit. horror kan? tapi sekejap je. lelama dah tak sakit apa pun.


lepas 9 bulan

Ni gambar latest. After almost 9 bulan pakai braces. gigi bawah mmg dah sangat better. ombak tsunami dah takda. tapi tak cukup merapat lagi nak cover gigi 4 batang yang kena buang tu. Hopefully by the time aku bertunang nanti, smua dah rapat elok inshaAllah. Okey la aku rasa macam dah penat nak menaip cerita 9 bulan lepas nie. minta maaf sgt tak boleh nak cerita detail pasal separator, tuka besi, tuka getah bagai.


awek gigi besi


lepas setahun dua bulan. tudung merah lagi =.=' gigi tengah makin menjarang=D

Buat braces sronok, pakai braces rasa comel. tapi kena RAJEN. the downside is - kena sentiasa berus gigi, kena bertabah bila mana lepas makan, ayam-ayam, sayur-sayur, nasik-nasik berselirat kat celah-celah besi. serious annoying. huhu.


Akhir kata, nak buat buat je. tapi consider balik faktor-faktor di atas tadi.

(3rd Sept 2015)

(30th Nov 2015)


(28th Dec 2015)

(Oct 2016)
lama sangat tak pergi appointment gigi sebab takde masa since kawen.
bape tahun nak pakai braces entah la..


Bye!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...